Ishsam dilantik Pengurus Perak FC

Azman pula urus Perak FC II

Ishsam dan Azman masing-masing dilantik pengurus Perak FC serta Perak FC II berkuat kuasa pada 1 Mei 2021.
Ishsam dan Azman masing-masing dilantik pengurus Perak FC serta Perak FC II berkuat kuasa pada 1 Mei 2021.
A
A
A

PERAK FC mengumumkan pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Perak (PBMP), Ishsam Shahruddin sebagai pengurus pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Naizali berkata, selain Ishsam, Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Manjung, Azman Noh pula dilantik sebagai Pengurus Perak FC II.

Menurutnya, pelantikan kedua-dua mereka berkuat kuasa pada 1 Mei 2021 dan surat pelantikan rasmi telah diserahkan kepada mereka.

"Pihak pengurusan Perak FC telah bersetuju melantik mereka bagi membantu pasukan untuk bersaing di dalam Liga Super dan Liga Premier musim 2021.

"Semoga dengan kehadiran kedua-dua pengurus baharu ini dapat membantu dan mencurah bakti untuk pasukan bola sepak Perak FC kekal bersaing dan mencapai kejayaan di dalam liga," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Ishsam yang dilahirkan pada tahun 1967 memulakan karier sebagai pemain bola sepak Perak dan mempunyai pengalaman luas di dalam pengurusan bola sepak negeri.

Sementara itu, Azman pula seorang bekas guru di Beruas yang turut berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pasukan bola sepak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!