Gempa bumi kuat berhampiran pantai timur Honshu, Jepun
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada jam 9.27 pagi Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, gempa bumi itu berpusat di 95 kilometer (km) timur dari Sendai, Jepun pada kedalaman 80 km.
MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!