Campur tangan politik dalam PDRM tindakan biadab

Zulkifli Mohamed
Zulkifli Mohamed
A
A
A

KUANTAN - Parti Amanah Pahang menyifatkan campur tangan politik dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah satu tindakan biadab.

Pengerusinya, Zulkifli Mohamed berkata, tindakan itu mencemarkan imej negara dengan sikap para pemimpin dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ia juga merosakkan institusi kepolisan yang merupakan tonggak keselamatan oleh pemimpin kerajaan hari ini.

"Amanah Pahang terkejut dengan pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang campur tangan tidak wajar (undue influence) seorang menteri kabinet PN dalam perkhidmatan polis di bawah pimpinannya hari ini.

"Pendedahan itu sudah cukup membuktikan bahawa kerajaan hari ini sudah hilang maruah dan tidak layak lagi memimpin negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman audio berdurasi 1 minit 22 saat dikatakan mirip suara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang antara lain menyentuh berkenaan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Audio itu bukan mirip, saya mengaku itu saya' - Hamzah

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zulkifli berkata, tindakan menafikan ada melakukan kesalahan jelas menunjukkan Hamzah seorang angkuh.

Artikel Berkaitan:

Katanya, malah tindakan itu juga biadab dan menganggap kuasa yang milikinya boleh mengganggu perkhidmatan polis yang sepatutnya bebas.

"Pendedahan sedemikian membuktikan bahawa kerajaan hari ini telah membuatkan negara sangat korup, berada dalam keadaan tenat dan sangat tidak bermaruah sehingga menimbulkan kebencian rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli berkata, pihaknya mendesak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat salah laku pemimpin kerajaan, rasuah, membeli ahli politik, penggunaan jentera kerajaan seperti jet untuk kegunaan peribadi.

Beliau juga memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah bagi mengarahkan pembukaan sidang Parlimen bagi membolehkan isu-isu rakyat diangkat.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta segera menyiasat dan memulakan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat dalam pendedahan oleh Abdul Hamid.

"Paling utama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan serta merta kerana gagal," katanya yang meminta semua pihak membuat laporan polis bagi menyiasat salah-laku menteri dan kerajaan PN-BN.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri tidak sepatutnya jadi Pengerusi SPP - KPN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!