Empat rentung, kereta terjunam bawah SKVE

Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran kenderaan dinaiki mangsa.
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran kenderaan dinaiki mangsa.
A
A
A

KUALA LANGAT - Empat maut apabila kereta dinaiki terjunam ke bawah jejambat dan terbakar dalam kejadian di Kilometer 30.8 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.44 pagi dan kesemua mangsa rentung di dalam kenderaan itu.

"Siasatan awal mendapati kereta jenis Mercedes Benz dinaiki empat individu itu dari arah Bandar Saujana Putra menghala ke Banting dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri lalu terjunam ke bawah jambatan dan terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Empat maut apabila kereta dinaiki terjunam ke bawah jejambat dan terbakar di Kilometer 30.8 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) awal pagi Sabtu.
Empat maut apabila kereta dinaiki terjunam ke bawah jejambat dan terbakar di Kilometer 30.8 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) awal pagi Sabtu.

"Kes masih dalam siasatan dan saksi bebas telah dapat dikesan namun tiada CCTV di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, setakat ini hanya pemandu yang dapat dikenal pasti identitinya manakala tiga lagi penumpang kereta tersebut belum dapat dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mangsa maut di tempat kejadian.
Kesemua mangsa maut di tempat kejadian.

"Pemandu dianggarkan berumur 30an beralamat di Seri Bunut 42700 Banting, Selangor serta bekerja sendiri.

"Polis sedang mengenal pasti identiti tiga lagi mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, " katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!