Kanopi jual karpet, baju raya terbakar

Kebakaran yang menyebabkan kanopi yang menjual karpet dan pakaian raya musnah. - Foto JBPM
Kebakaran yang menyebabkan kanopi yang menjual karpet dan pakaian raya musnah. - Foto JBPM
A
A
A

TEMERLOH - Sebuah kanopi milik peniaga di Ekspo Aidilfitri dekat Dewan Tun Razak di sini terbakar pada pagi Sabtu mengakibatkan karpet dan pakaian raya yang dijual habis musnah.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, kanopi menjual karpet dan pakaian raya yang dimiliki dua peniaga tersebut musnah 100 peratus.

Anggota bomba melakukan pemeriksaan pada kanopi yang musnah akibat kebakaran di Ekspo Aidilfitri dekat Dewan Tun Razak Temerloh,Sabtu. - Foto JBPM
Anggota bomba melakukan pemeriksaan pada kanopi yang musnah akibat kebakaran di Ekspo Aidilfitri dekat Dewan Tun Razak Temerloh,Sabtu. - Foto JBPM

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen T Mohsen berkata, seramai lima anggota dan dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.32 pagi dan operasi tamat pada jam 10.06 pagi. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!