Kanopi jual karpet, baju raya terbakar
TEMERLOH - Sebuah kanopi milik peniaga di Ekspo Aidilfitri dekat Dewan Tun Razak di sini terbakar pada pagi Sabtu mengakibatkan karpet dan pakaian raya yang dijual habis musnah.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, kanopi menjual karpet dan pakaian raya yang dimiliki dua peniaga tersebut musnah 100 peratus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen T Mohsen berkata, seramai lima anggota dan dua jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.32 pagi dan operasi tamat pada jam 10.06 pagi. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!