Pemohon bantuan JKM terus meningkat

Rina(tengah) menyampaikan duit raya kepada penerima sumbangan pada majlis Penyampaian Makanan 'Bakul Permai' di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dekat Masjid Tanah, hari ini.
Rina(tengah) menyampaikan duit raya kepada penerima sumbangan pada majlis Penyampaian Makanan 'Bakul Permai' di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dekat Masjid Tanah, hari ini.
A
A
A

ALOR GAJAH - Permohonan mendapatkan bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara dijangka terus meningkat susulan kemerosotan sumber kewangan akibat pelbagai yang berpunca daripada gejala penularan pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jika tahun lepas terdapat sekitar 496,000 penerima bantuan, jumlahnya kini meningkat kepada 500,000 penerima, yang direkodkan sejak awal Januari lepas.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyampaian Bakul Makanan Permai Parlimen Masjid Tanah dan pelancaran Sukarelawan Masjid Tanah (SMART) di sini hari ini beliau berkata, sehingga kini lebih 10,000 warga emas telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 dalam Fasa Kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 17 April lepas.

Sementara itu Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang turut hadir di majlis berkenaan berkata penubuhan sukarelawan SMART di Masjid Tanah diharap akan menjadi mata dan telinga JKM, dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terbela.

"Setakat ini kita ada 50 sukaralewan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman. Mereka ini sangat dekat dengan penduduk setempat dan untuk itu, kita harap pelbagai maklumat disalur dan dikutip termasuk berkaitan pendaftaran vaksin Covid-19," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!