Sektor peruncitan masih ada potensi
KUANTAN - Sektor peruncitan di negara ini masih mampu bertahan dan berpotensi untuk berkembang secara konsisten walaupun berlaku kelembapan ekonomi.
Setiausaha Koperasi Makmur Berhad (Ko-Makmur), Khairul Azam Awang berkata, sektor peruncitan masih mempunyai hubungan rapat dengan pengguna.
"Jadi, bagi memastikan pengguna terus mempunyai pilihan untuk berbelanja, pihaknya menyediakan pilihan itu dengan menawarkan pilihan produk pada harga kompetatif dan berkualiti," katanya ketika ditemui selepas perasmian pasar raya MG Coop Mart di Indera Mahkota pada Sabtu.
Hadir sama Pengurus Besar MG Coop Mart, Azlisham Muhamad.
Pasar raya itu adalah cawangan kedua milik MG Coop Mart selepas pembukaan cawangan pertama di Indera Sempurna, tahun lalu.
Sempena pembukaan cawangan itu juga, pihak Ko-Makmur mengagihkan 500 ayam proses percuma kepada pelanggan mereka.
DItanya mengenai perancangan jangka panjang Ko-Makmur dalam sektor peruncitan, Khairul Azam berkata, 10 lokasi bersesuaian sedang dikenalpasti oleh pihaknya.
Beliau berkata, menjelang penghujung tahun ini, pihaknya akan mempunyai 10 cawangan pasar raya MG Coop Mart di Kuantan.
"Kita merancang membuka sekurang-kurangnya 300 pasar raya MG Coop Mart di seluruh negara dalam tempoh lima tahun," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!