Covid-19 menurun kepada 2,881 kes

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 menurun ke angka 2,000 dengan jumlah jangkitan dilaporkan sebanyak 2,881 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 759 kes, diikuti Sarawak (445) dan Kelantan (442).

“Kes sembuh pula adalah 2,462 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara adalah 380,442,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 2,865 melibatkan kes tempatan iaitu 2,609 warganegara dan 256 bukan warganegara manakala 16 lagi kes import.

Menurutnya, sebanyak 337 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 176 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, terdapat 15 kes kematian yang direkodkan pada Sabtu melibatkan lima kes di Selangor, masing-masing dua kes di Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan satu kes di Sabah, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.

“Kesemua kes kematian pada Sabtu melibatkan warganegara,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 14 kluster baharu dikenalpasti melibatkan masing-masing empat kluster komuniti, kluster tempat kerja dan kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta dua kluster keagamaan.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, ini menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 395 dengan 80 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baharu pada Sabtu.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada Sabtu ialah Kluster Pagar Sri Lalang (78 kes), Kluster Jalan Kempas Satu (62 kes) dan Kluster Long Jegan (51 kes),” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!