Yayasan Nur agih 100 pek juadah berbuka puasa

Penduduk Pangsapuri Pangsa Perdana di Taman Puchong Perdana yang menerima sumbangan juadah berbuka puasa pada Jumaat.
Penduduk Pangsapuri Pangsa Perdana di Taman Puchong Perdana yang menerima sumbangan juadah berbuka puasa pada Jumaat.
A
A
A

PUCHONG - Yayasan Nur Karangkraf Malaysia (Yayasan Nur) mengagihkan sumbangan juadah berbuka puasa kepada golongan asnaf dan penduduk berpendapatan rendah (B40) di Pangsapuri Pangsa Perdana, Taman Puchong Perdana di sini pada Jumaat.

Setiausaha Kehormat Yayasan Nur, Zuwita Kamaruzaman berkata, sumbangan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban penduduk yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, pemilihan penerima sumbangan dilakukan wakil penduduk pangsapuri berkenaan.

“Sumbangan makanan turut diberikan kepada penduduk bukan Islam yang memerlukan,” katanya ketika program berkenaan pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi KRT Pangsa Perdana Puchong, Harun Yaakob berkata, pihaknya berterima kasih kepada Yayasan Nur kerana memilih pangsapuri terbabit sebagai lokasi agihan makanan.

“Terima kasih kepada pihak Yayasan Nur atas kesudian menghulurkan sumbangan 100 set juadah berbuka puasa dan buah-buahan untuk 100 keluarga penduduk di kawasan KRT Pangsa Perdana.

“Dengan sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban kami di musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!