Kes kemalangan di Melaka meningkat
MELAKA - Kes kemalangan jalan raya di Melaka pada Mac lepas mencatatkan peningkatan sebanyak 463 kes atau 51 peratus kepada 1,370 kes berbanding 907 kes pada Februari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontijen Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata daripada jumlah itu, kes kemalangan maut turut merekodkan peningkatkan kepada 12 kes dengan 15 kematian bagi Mac lepas berbanding lima kes dengan lima kematian pada Februari lepas.
Beliau berkata, penunggang motosikal merupakan penyumbang utama kematian akibat kemalangan dengan jumlah lapan daripada 15 kematian yang direkodkan, berbanding empat daripada lima kematian pada bulan Februari.
"Kemalangan kerosakan turut merekodkan peningkatan amat ketara iaitu 1,326 kes pada Mac lepas berbanding 875 kes pada bulan sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!