Henti sumbangan hingga tamat PRK DUN Semenyih: MB

Amirudin (tiga, kanan) bersama Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia, Tan Sri Lim Hock San (empat, kiri) ceria meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada program ramah mesra hari ini
Amirudin (tiga, kanan) bersama Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia, Tan Sri Lim Hock San (empat, kiri) ceria meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada program ramah mesra hari ini
A
A
A

SHAH ALAM - Semua program rasmi kerajaan terutamanya berkaitan serahan sumbangan dan bantuan dihentikan sejak 16 Februari lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, tindakan tersebut diambil kerana tidak mahu timbul sebarang persepsi negatif seolah PH cuba meraih undi bagi PRK DUN Semenyih.

"Bermula tarikh itu sehingga tamat PRK Semenyih, memang tak akan ada program-program tersebut kerana kerajaan mahu tampilkan sikap 'gentleman' dalam pertandingan.

"Kita tak mahu ada persepsi mengatakan kerajaan ingin beli undi jika program-program bantuan ini diteruskan, "katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Selangor bersama Persatuan-Persatuan serta Usahawan Hokkien Malaysia di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mahu pencapaian PH dinilai berdasarkan 'track record' sebelum ini.

Menurutnya, program-program bantuan itu bagaimanapun akan diteruskan semula selepas tamat PRK Semenyih.

"Tapi jika ada program rasmi yang sudah dirancang lama dan memerlukan saya hadir sebagai menteri besar, saya akan hadir, " katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim memberitahu semua program berkaitan penyampaian sumbangan dan bantuan ditangguhkan pemimpin kerajaan sehingga selepas PRK bagi mengelakkan timbul sebarang isu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, sekiranya terdapat program berkaitan dalam masa terdekat ia mungkin disebabkan ad hoc.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!