Covid-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari

Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan. - Gambar hiasan
Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan. - Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad berkata, sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Anne's Convent, Kulim; SMK Jelutong, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kiara dan SK Tunku Abdul Malik.

Menurutnya, turut ditutup adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Hwa, SK Sri Kulim dan SMK Sg Kob.

"Semua sekolah terbabit melibatkan daerah Kuala Muda/Yan dan Kulim Bandar Baharu," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Ahad.

Katanya, penutupan itu dibuat untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

"Selain itu, tiga lagi sekolah yang ditutup sehingga hari ini (Ahad) adalah SMK Sultanah Asma, SMK Agama Kedah dan SMK Seri Badong," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!