'Private party' ditemani wanita Vietnam diserbu

Polis menyerbu sebuah premis yang mengajurkan 'private party' di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Ahad.
Polis menyerbu sebuah premis yang mengajurkan 'private party' di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyerbu sebuah premis yang dijadikan lokasi penganjuran 'private party' di Jalan Klang Lama, di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, operasi sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur kira-kira jam 12.50 tengah malam itu bertindak menahan sembilan individu berusia 22 hingga 51 tahun.

Menurutnya, kesemua tangkapan terdiri daripada lima lelaki tempatan dan empat wanita Vietnam.

"Polis telah merampas beberapa barang seperti tiga botol minuman keras, sekeping kad akses dan peralatan audio.

"Kesemua tangkapan akan direman pada Isnin untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992, Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, tempahan penganjuran 'private party' itu dibuat menerusi telefon selain premis terbabit telah beroperasi sejak dua bulan lalu.

Katanya, kadar bayaran sewa berjumlah RM1,500 semalaman bermula jam 6 petang hingga 6 pagi.

Justeru, Polis Kuala Lumpur mengingatkan orang ramai sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!