Covid-19: Malaysia kesan kes pertama mutasi berganda dari India
KUALA LUMPUR- Malaysia mengesan kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 yang dikesan hasil saringan di pintu masuk utama negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata mutasi itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu.
Katanya, kes direkod melalui kemasukan seorang warganegara India yang melakukan ujian saringan di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Berdasarkan laporan WGS, beberapa penemuan direkodkan membabitkan 59 genom dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi tempoh dari 24 April hingga 1 Mei (semalam)
"Ini termasuk 30 lagi varian membimbangkan (VOC), iaitu 27 varian Afrika Selatan B.1.351 dan tiga varian United Kingdom, UK B.117, malah kita menemui varian mempunyai kepentingan (VOI), iaitu varian dari India, B.1.617.
"Malangnya, laporan IMR ini mengesahkan kes pertama VOC B.1.351 di Perak dan Kelantan, membabitkan kewujudan kluster dengan 10 kes positif di setiap negeri terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!