Covid-19: Hanya 182 katil masih kosong di Kelantan

Hanya 182 katil yang masih kosong membabitkan lima Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kelantan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini. Foto fail.
Hanya 182 katil yang masih kosong membabitkan lima Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kelantan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini. Foto fail.
A
A
A

KOTA BHARU- Hanya 182 katil yang masih kosong membabitkan lima Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kelantan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob, berkata, PKRC berkenaan adalah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Dewan Jubli Perak, Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salor dan Panji.

Bagaimanapun, beliau berkata kekosongan itu tidak termasuk dengan satu lagi PKRC yang akan beroperasi iaitu Dewan Utama Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, PKRC USM yang boleh memuatkan hampir 500 pesakit itu dijangka boleh beroperasi esok sekiranya tidak berdepan sebarang masalah.

"Di Kelantan kita mula membuka PKRC pada 1 Januari tahun ini dan sehingga kini lima PKRC sudah beroperasi.

"Disebabkan peningkatan kes yang tinggi, penggunaan di lima PKRC mencecah 61 peratus hingga 100 peratus.

"Sehingga jam 6 pagi tadi, hanya 182 katil yang masih kosong di lima PKRC dengan ada katil sudah ditempah untuk kemasukan pesakit yang positif," katanya ketika memberi taklimat berkaitan PKRC ketika kunjungan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di PKRC SMK Salor pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!