PRU15 bakal saksikan pertembungan tiga pakatan politik utama

Chin Tong berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Johor 2021 pada Ahad. - Foto Bernama
Chin Tong berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Johor 2021 pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

BATU PAHAT - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) dijangka menyaksikan pertembungan tiga pakatan politik utama di negara ini iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, situasi itu berbeza berbanding PRU sebelumnya yang menyaksikan PH yang DAP adalah satu daripada komponennya cuma berdepan dengan pakatan politik BN.

“Atas dasar itu, DAP tidak boleh lagi bertindak bersendirian sebaliknya (perlu) bersolidariti dengan parti komponen PH dan rakan pembangkang yang sehaluan.

“Kita tidak perlu takut, kita bukan lagi parti pembangkang kecil yang hanya tahu membangkang sahaja,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Johor 2021 yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo di sini pada Ahad.

Konvensyen yang dijalankan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) dihadiri seramai 905 perwakilan dari 210 cawangan seluruh negeri bagi memilih barisan 15 anggota parti negeri baharu untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!