Lelaki maut jatuh dari tingkat 23 kondominium

Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan pada Sabtu.
Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan pada Sabtu.
A
A
A

PENAMPANG - Seorang lelaki ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, lelaki berusia 27 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tingkat bawah kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sepasukan anggota polis dikejar ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Mohd Haris
Mohd Haris

"Sebaik tiba, lelaki itu dilihat dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah kondominium dan didapati sudah meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 23 kondominium itu ketika memanjat untuk cuba masuk ke rumah sewa teman wanitanya melalui tingkap di bahagian dapur," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Haris berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!