RM10,000 bantu rumah kebajikan

Norshahila (kanan) bersama suaminya, Mohamad Sani Ahmad Bakhir (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Baitul Ulfah, Mohd Uzat Omar di Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Ulfah, Seri Kembangan pada Sabtu.
Norshahila (kanan) bersama suaminya, Mohamad Sani Ahmad Bakhir (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Baitul Ulfah, Mohd Uzat Omar di Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Ulfah, Seri Kembangan pada Sabtu.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Birdnest Beauty Solution (BBS) memperuntukkan dana sebanyak RM10,000 untuk diagihkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Ulfah dan badan-badan kebajikan yang lain.

Pengasasnya, Norshahila Ahmad berkata, sumbangan yang dihulurkan sempena Ramadan pada tahun ini telah dikumpulkan melalui kumpulan ejen-ejen BBS sendiri dalam masa dua minggu.

“Kami mengumpulkan sumbangan ini untuk infaq bulan Ramadan dan membantu mereka yang memerlukan. Pertubuhan Baitul Ulfah merupakan penerima baharu.

“Apabila kami dimaklumkan bahawa mereka memerlukan bantuan barang-barang keperluan, kami menyantuni mereka dengan memberikan sebahagian daripada keuntungan penjualan BBS kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Noshahila berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan di Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Ulfah di Seri Kembangan pada Sabtu.

Norshahila
Norshahila

Menurutnya, inisiatif sumbangan daripada BBS itu merupakan perkongsian rezeki bersama golongan yang memerlukan pada Ramadan.

“Kami mengagihkan sumbangan ini kepada pusat-pusat kebajikan yang terpilih untuk membolehkan mereka berkongsi kegembiraan dan meraikan Aidilfitri yang akan menjelang pada pertengahan Mei ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami mahu berkongsi hasil perniagaan ini bersama mereka yang memerlukan kerana setiap apa yang ada dalam rezeki kami ini, ada rezeki orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Norshahila menegaskan bahawa objektif BBS adalah bertujuan membimbing ahli-ahli mereka menjana pendapatan dengan harapan agar dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Kebanyakan ejen kami terdiri daripada golongan ibu dan suri rumah. Penyertaan mereka bersama kami telah membantu mereka menjana pendapatan sekali gus membantu suami dan keluarga mereka.

“Alhamdulillah, ada antara mereka mampu menjana pendapatan mencecah enam angka. Mereka melihat peluang untuk bersama BBS dan perniagaan kami mempunyai potensi yang cerah,” katanya.

Menurutnya, kelebihan produk BBS yang dijual pada harga berpatutan menjadi faktor utama kepada peningkatan pembelian daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya menjual produk bermula pada harga RM5 sehingga RM35. Mereka hanya mengeluarkan modal serendah RM40 sahaja dan boleh menjana pendapatan berbanding kebanyakan syarikat lain yang menawarkan harga modal yang tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, Norshahila berkata, BBS telah ditubuhkan pada tahun 2019 menyasarkan jualan sebanyak RM30 juta pada tahun ini.

“BBS telah mencatatkan jualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2020. Tahun ini kita menjangkakan jualan sebanyak RM30 juta dipacu oleh penambahan produk-produk set penjagaan kulit baharu, Go to Glow dan Banana Milk Yogurt Soap.

“Kami optimis sasaran jualan itu mampu dicapai berikutan trend pembelian yang tinggi dan penambahan produk-produk baharu pada tahun ini,” katanya.

Norshahila berkata, antara produk lain yang turut dijual adalah Foundation Royal Bee, Sabun Colagen Birdnest, Birdnest Booster Sakura Serum, Vitamin C, Kopi Kesihatan Bodycut, Dory Crunchy dan lain lain.

Selain itu, Norshahila berkata, BBS mempunyai seramai 8,000 ejen di seluruh negara termasuk Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak serta luar negara iaitu di Brunei.

Ujarnya, konsep perniagaan BBS sentiasa memberi bimbingan bagi membuka peluang kepada ejen-ejen mereka untuk menjana pendapatan terutamanya golongan ibu dan suri rumah.

“Kami akan membimbing mereka meskipun mereka tidak tahu mengenai ilmu perniagaan sehingga mereka berjaya.

“Antara bentuk bantuan bimbingan yang kami sediakan ialah memberikan tunjuk ajar cara pengiklanan dan pemasaran produk menerusi platform media sosial seperti Facebook dan Instagram,” katanya.

Katanya, BBS juga memberikan panduan dan bimbingan melalui sistem ejen dan ketua ejen akan merekrut ahli-ahli mereka.

INFO BBS

- Ditubuhkan pada tahun 2019

- Memfokuskan kepada perniagaan dalam talian (online) seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya

- Produk BBS dijual pada harga yang murah dan mampu milik di mana produk paling murah adalah serendah RM5 manakala paling mahal berharga RM35

- Antara produk-produk BBS adalah Foundation Royal Bee, Sabun Colagen Birdnest, Birdnest Booster Sakura Serum, vitamin C, kopi kesihatan Bodycut, Dory Crunchy

- Penambahan produk terbaharu dalam pasaran adalah set penjagaan kulit, Go to Glow dan Banana Milk Yogurt Soap

- Mempunyai 8,000 ejen di seluruh negeri termasuk Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak serta negara Brunei

- Kebanyakan ejen BBS terdiri daripada golongan ibu dan suri rumah

- Produk BBS telah memasuki pasaran Sabah, Sarawak, Kemboja, Brunei dan Singapura.

- BBS mencapai jualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2020

Reaksi penerima sumbangan

“Saya gembira kerana BBS membantu dengan memberikan sumbangan yang akan mencukupkan lagi keperluan kami,” – Muhammad Awwab Kamil Mustaffa Kamil, 14 tahun.

Muhammad Awwab Kamil
Muhammad Awwab Kamil

“Sumbangan-sumbangan yang diberikan ini dapat digunakan untuk kemudahan rumah dan kegunaan sekolah. Bagi barangan penjagaan diri, kita dapat menggunakannya untuk keperluan harian,” Muhammad Atuff Mustapah, 14 tahun.

Muhammad Atuff
Muhammad Atuff

“Saya seronok kerana kami sentiasa dijaga dengan baik meskipun jauh daripada keluarga dan sumbangan ini memberikan makna kepada kami. Semoga ALLAH membalas kebaikan orang-orang yang memberi sumbangan-sumbangan ini,” Muhammad Faroq Hassan, 14 tahun.

Muhammad Faroq
Muhammad Faroq

“Walaupun kami di sini tetapi masih ada ramai lagi yang sudi memberi sumbangan kepada kami. Kami tidak diketepikan dan kami sentiasa mendoakan orang-orang yang memberikan sumbangan supaya mereka dimurahkan rezeki dan sebagainya,” - Muhammad Sofi Ahmad Marzuki.

Muhammad Sofi
Muhammad Sofi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!