DBKL bantu selamatkan gelandangan

Antara gelandangan yang diselamatkan dalam operasi di ibu kota pada Ahad. - Foto: Ihsan Facebook DBKL
Antara gelandangan yang diselamatkan dalam operasi di ibu kota pada Ahad. - Foto: Ihsan Facebook DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyelamatkan seramai 58 orang gelandangan dalam satu operasi di sekitar ibu kota pada Ahad.

Menerusi kemas kini di laman Facebook DBKL pada Isnin, operasi bermula jam 11 malam itu disertai seramai 20 anggota penguat uasa pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan sekitar kawasan Bangkok Bank, Cahaya Suria, Leboh Ampang dan Masjid Negara.

"Pecahan jumlah gelandangan yang diselamatkan ini meliputi seramai 51 orang lelaki dan tujuh orang wanita," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

DBKL berkata, semua gelandangan itu dibawa ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku untuk menjalani proses dokumentasi, pemberian makanan dan tempat tidur.

"DBKL akan meneruskan usaha bagi menyelamatkan gelandangan ini dari esmasa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!