Neville gesa keluarga Glazer jual United

Protes yang dilakukan oleh penyokong untuk memaksa keluarga Glazer meninggalkan kelab tersebut.
Protes yang dilakukan oleh penyokong untuk memaksa keluarga Glazer meninggalkan kelab tersebut.
A
A
A

BEKAS pertahanan Manchester United, Gary Neville menggesa keluarga Glazer menjual kelab tersebut susulan protes yang dilakukan penyokong di Old Trafford pada Ahad.

Menurutnya, penyokong sudah mula bersuara dan dia menjangkakan akan ada lebih banyak siri protes yang akan dilakukan sehingga keluarga Glazer berundur daripada kelab tersebut.

"Ini adalah akibat tindakan pemilik United dua minggu lalu. Terdapat ketidakpercayaan dan rasa kurang senang umum terhadap pemiliknya, tetapi mereka tidak memprotes dua atau tiga minggu yang lalu.

"Penyokong umpama memberikan amaran bahawa semuanya sudah berakhir. Keluarga Glazer telah berada di kedudukan ini dan keras kepala selama bertahun-tahun. Saya rasa mereka menghadapi kesukaran untuk memenuhi tuntutan kewangan yang diperlukan dan masanya untuk keluarga Glazer berundur.

"Malah, jika anda lihat sejak mereka mengambil alih United, prestasi pasukan tidak bagus dan masih belum berjaya memenagi sebarang kejuaraan," katanya.

Protes terhadap keluarga Glazer yang diadakan beberapa jam sebelum sepak mula United menentang Liverpool di Anfield pada Ahad menyaksikan perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan.

Selain penurunan prestasi United selepas keluarga tersebut mengambil alih kelab berkenaan pada 2005, pemilik United itu juga dikecam teruk kerana menjadi pihak yang bersetuju untuk menyertai Liga Super Eropah (ESL).

Dalam masa sama, Neville berharap protes tersebut diteruskan dengan harapan agar United dapat diselamatkan daripada terus dirosakkan oleh keluarga Glazer.

Artikel Berkaitan:

"Anda tengok kelab ketika ini. Stadium ini contohnya jika anda lihat ia berdebu dan ada kerosakkan. Padang latihan sekarang tidak berada dalam lima padang terbaik di negara ini. United juga tidak layak ke separuh akhir sejak 10 tahun lalu dan tidak memenangi kejuaraan liga dalam tempoh lapan tahun.

"Tanah di sekitar stadium tidak dibangunkan, tidak aktif dan terbengkalai ketika setiap kelab lain sepertinya sedang memabngunka kemudahan dan pengalaman kelab mereka. Keluarga Glazer sedang bergelut untuk memenuhi perancangan kewangan pasukan dan ini masa terbaik untuk mereka menjual kelab ini. Saya percaya ia satu keputusan yang terpuji untuk menjual kelab ketika ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!