Pemilik, pengunjung kelab malam dikompaun RM180,000

Pengunjung dan pemilik pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur dikompaun kerana ingkar SOP PKPB.
Pengunjung dan pemilik pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur dikompaun kerana ingkar SOP PKPB.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 31 individu dan pemilik pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa di sini dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Isnin.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, anggaran keseluruhan kompaun yang dikenakan terhadap pemilik dan pengunjung kelab malam itu adalah sebanyak RM180,000.

"Seramai 24 lelaki dan tujuh wanita dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Peraturan 18 P.U (A) 97/2021)," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Azman berkata, pelbagai jenis arak turut dirampas kerana kesalahan di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1967.

"Jumlah keseluruhan bersama rampasan arak adalah RM230,000. Operasi ini akan dipertingkatkan lagi memandangkan peningkatan jumlah kes Covid-19 yang sangat membimbangkan pada ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!