Dakwaan 30,000 orang akan hilang kerja tak benar

M Kula Segaran (tengah) ketika menyaksikan majlis pemeteraianj perjanjian bersama antara Continental Tyre Malaysia Sdn Bhd (CTM) dan Persatuan Kakitangan Continental Tyre Malaysia Sdn Bhd (COMSA) di sini hari ini. - Foto Bernama
M Kula Segaran (tengah) ketika menyaksikan majlis pemeteraianj perjanjian bersama antara Continental Tyre Malaysia Sdn Bhd (CTM) dan Persatuan Kakitangan Continental Tyre Malaysia Sdn Bhd (COMSA) di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran hari ini menyangkal dakwaan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa kira-kira 30,000 orang akan kehilangan kerja tahun ini.

"Sebaliknya, dengan kurang daripada 24,000 pengangguran yang dicatatkan tahun lepas, sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan yang tersedia untuk mereka.

"Kadar pengangguran menunjukkan tiada apa-apa yang luar biasa, tiada apa yang menakutkan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraianj perjanjian bersama antara Continental Tyre Malaysia Sdn Bhd (CTM) dan Persatuan Kakitangan Continental Tyre Malaysia Sdn Bhd (COMSA) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan CTM Hoe Loo Fee.

Baru-baru ini, pengarah eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan menganggarkan bahawa 30,000 pekerja akan diberhentikan tahun ini memandangkan peningkatan kos menjalankan perniagaan sebagai faktor utama jumlah pekerja yang diberhentikan meningkat.

Shamsuddin berkata bahawa persekitaran ekonomi di dalam dan luar Malaysia adalah sukar dan ini menimbulkan cabaran utama bagi majikan untuk mengekalkan keuntungan mereka.

Sementara itu, Perjanjian Bersama yang ditandatangani hari ini menawarkan pakej imbuhan dan faedah tambahan kepada pekerja CTM termasuk peluang untuk bekerja dari rumah danwaktu fleksibel. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!