Kelantan serah kepada SPR tentukan PRK DUN Melor

Abdullah menunjukkan sijil kematian ADUN Melor, Md Yusnan yang diterima untuk diserahkan kepada SPR.
Abdullah menunjukkan sijil kematian ADUN Melor, Md Yusnan yang diterima untuk diserahkan kepada SPR.
A
A
A

KOTA BHARU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sama ada perlu mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) atau sebaliknya susulan kematian wakil rakyat DUN Melor, Dr Md Yusnan Yusof pada 30 April lalu.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub bagaimanapun berkata, buat masa ini tugas beliau hanya memaklumkan kekosongan kerusi itu kepada SPR selepas menerima sijil kematian.

"Kalau situasi biasa (sebelum Covid-19) akan ada PRK, hal ini kerana tempoh tiga tahun masih belum sampai.

"Namun DUN Kelantan serah kepada SPR untuk berbuat demikian dengan mengambil kira situasi darurat dan Covid-19 ketika ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Melor meninggal dunia

Menurutnya, tempoh itu masih lagi berbaki sembilan hari daripada tarikh bekas ADUN itu meninggal dunia pada 30 April lalu sekitar jam 2.28 pagi.

Beliau berkata, DUN Kelantan akan menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Melor itu kepada SPR pada Isnin.

Abdullah berkata, pemakluman itu akan dilakukan oleh Setiausaha DUN Kelantan di Pejabat SPR Kota Bharu menerusi serahan tangan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Md Yusnan mewakili Pas memenangi kerusi DUN Melor dengan majoriti 647 undi

Artikel Berkaitan:

Beliau meraih 7,820 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Azmi Ishak yang mendapat 7,173 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) Abdul Aziz Abdul Kadir 2,122 undi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!