Bayaran i-Sinar dibuat bermula Isnin

KWSP
KWSP
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, KWSP berkata, pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat.

“Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa satu hingga lima hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda,” katanya menerusi satu hantaran pada Isnin.

KWSP berkata, pihaknya menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang proses pembayaran dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!