SPRM digesa siasat 'katak politik' zaman PH, PN

Saifuddin (tengah) bersama Nik Nazmi (kanan) menunjukkan logo Kongres Nasional PKR kali ke-15.
Saifuddin (tengah) bersama Nik Nazmi (kanan) menunjukkan logo Kongres Nasional PKR kali ke-15.
A
A
A

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan sejumlah pemimpin politik yang bertindak lompat parti termasuk ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahan dibuat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang turut mahu badan itu menyiasat ahli politik lompat parti itu tidak boleh dianggap remeh.

Menurutnya, gesaan tersebut tidak hanya untuk masa sekarang, malah dalam tempoh 22 bulan kerajaan PH memerintah apabila terdapat wakil rakyat UMNO yang melompat parti dengan menyertai komponen dalam PH.

“Kenyataan kami bersikap terbuka dan terpakai kepada semua dan sepanjang masa sebab politik tak boleh dicemari dengan amalan seperti ini (lompat parti, rasuah).

“Saya setuju kalau tindakan dan siasatan dibuat tidak boleh ikut tempoh masa zaman PH, sekarang (zaman PN) dan yang akan datang semua perlu disiasat,” katanya pada sidang akhbar Kongres Nasional PKR di Ibu Pejabat PKR di sini pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: KPN gesa SPRM siasat ahli politik lompat parti

Hadir sama, Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres Nasional PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pada Jumaat, Abdul Hamid membuat beberapa pendedahan antaranya pernah meminta SPRM menyiasat unsur rasuah di sebalik tindakan sejumlah ahli Parlimen yang bertindak melompat parti.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, teguran Abdul Hamid bukan sesuatu yang baharu buat PKR dan ia hanya mengesahkan lagi kenyataan parti itu sebelum ini.

“Bola sekarang di kaki SPRM, yang buat pendedahan ini bukan calang-calang orang, beliau Ketua Polis Negara, kalau SPRM memilih untuk berdiam diri, itu adalah perkara yang malang buat negara kita. Tindakan SPRM juga tidak harus bersikap terpilih,” katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!