Dua melecur kapal muatan minyak terbakar

Sebuah kapal yang membawa muatan minyak diesel terbakar di Harbour Trade Centre, Macallum di sini petang Isnin.
Sebuah kapal yang membawa muatan minyak diesel terbakar di Harbour Trade Centre, Macallum di sini petang Isnin.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Dua lelaki melecur selepas sebuah kapal yang membawa muatan minyak diesel terbakar dalam kejadian di Pengkalan Weld, Gat Lebuh Macallum, di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.02 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian empat orang pekerja berada di atas kapal yang membawa 150,000 liter diesel, namun dua orang daripada mereka sempat menyelamatkan diri.

"Dua identiti mangsa yang melecur telah dikenal pasti yang mana salah seorang warga India berusia lingkungan 50an manakala seorang lagi warga tempatan dikenali sebagai Azrul berusia 30an.

"Siasatan awal mendapati api bermula di bahagian pam dek kapal yang mana ia berfungsi menyalurkan minyak kepada kapal yang lain," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian di sini pada Isnin.

Sebuah kapal yang membawa muatan minyak diesel terbakar di Harbour Trade Centre, Macallum di sini petang Isnin.
Sebuah kapal yang membawa muatan minyak diesel terbakar di Harbour Trade Centre, Macallum di sini petang Isnin.

Saadon berkata, dengan bantuan pasukan bomba sukarela, bomba pelabuhan dan beberapa lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Bagan Jermal dan Bayan Baru membolehkan api berjaya dikawal daripada terus merebak.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kapal yang membawa kapasiti bahan bakar yang banyak itu mungkin akan menyebabkan kebakaran yang lebih dahsyat boleh berlaku.

Namun beliau berkata, atas kecekapan anggotanya yang mengesan tempat punca berlakunya kebakaran memudahkan lagi kerja mengawal api seterusnya berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama kemudian.

"Walaupun api telah berjaya dipadamkan namun anggota kita akan membuat pemantauan sekali lagi bagi memastikan kapal ini benar-benar selamat sebelum melakukan siasatan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!