Aktivis cadang Neelofa, suami dikenakan hukuman lebih berat

Neelofa dan suami sekali lagi dikecam hebat oleh warganet berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan pada Ahad.
Neelofa dan suami sekali lagi dikecam hebat oleh warganet berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail sekali lagi dikecam hebat oleh warganet berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan pada Ahad.

Peguambela dan Peguamcara, Asiah Abd Jalil berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan hukuman setimpal atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Asiah berkata, hukuman yang dikenakan sebelum ini tidak lagi relevan dengan hanya mengenakan kompaun sebagai denda.

Tangkap layar Facebook Asiah Abd Jalil
Tangkap layar Facebook Asiah Abd Jalil

“Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (PU Riz) dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.

“Minah (Neelofa) tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Isnin.

Paparan video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di salah sebuah kedai di lokasi disyaki Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, semakan mendapati IG Story berkenaan sudah dipadamkan disyaki selepas mendapat perhatian netizen.

Dalam hantaran berasingan, Asiah turut mendakwa tindakan yang dilakukan oleh selebriti berkenaan seolah-olah mempunyai agenda tertentu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Neelofa turut memuat naik beberapa gambar mesra bersama suaminya kemudian disusuli dengan pelancaran produk baharu.

Sebelum ini, warganet mengkritik tindakan selebriti itu yang didakwa melanggar SOP ketika berada di Langkawi. Ia berikutan tular beberapa gambar dan video menunjukkan pasangan itu sedang berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu.

Bagaimanapun, pada 9 April lalu, Neelofa tampil memohon maaf susulan kontroversi yang terpalit pada dirinya berhubung isu pelanggaran SOP ketika berkunjung di Langkawi.

ARTIKEL BERKAITAN Polis panggil Neelofa, suami isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!