Bukan rentas negeri, saya di rumah mentua di KL: Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar Idrus
A
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus merentas negeri untuk menghadiri majlis tahnik anak penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin adalah tidak benar.

Menurut Azhar Idrus, beliau memang berada di rumah ibu mentuanya di Kuala Lumpur sewaktu majlis itu diadakan.

Beliau hanya menuruti permintaan rakannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk menghadiri majlis tersebut.

“Saya sudah tiga tahun berkawan dengan Datuk K. Saya bukan berkawan dengan Siti Nurhaliza, tapi suami dia,” katanya menerusi satu rakaman video di Facebook pada Isnin.

Video berdurasi 2 minit 2 saat itu tidak dapat dipastikan bila ia dirakam, tetapi dipercayai direkodkan semalam (Ahad).

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada rentas negeri, tetamu hadir kebetulan berada di KL' - Siti Nurhaliza

Mengulas lanjut, Azhar Idrus berkata, Datuk K sudah dua kali mempelawa beliau berkunjung ke rumahnya, namun gagal memenuhi permintaan sahabatnya itu.

“Kali ini saya segan untuk menolak permintaannya kerana Datuk K pernah melawat saya selama dua jam ketika sakit,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 2 Mei lalu, netizen mempersoalkan kehadiran Azhar Idrus dan beberapa individu ternama lain yang hadir di majlis tahnik anak pasangan berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka apabila individu terbabit dikatakan merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!