Ranjau Harimau Malaya di luar padang

Skuad Harimau Malaya akan berdepan UAE di Stadium Zabeel pada 3 Jun diikuti pertemuan menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) di Stadium Al Maktoum dengan ketiga-tiga perlawanan bermula jam 12.45 tengah malam waktu Malaysia.

A
A
A

SKUAD Harimau Malaya perlu segera menyesuaikan diri dengan tiga musuh baharu selain cabaran Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand menjelang Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun depan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata, cuaca secara realitinya akan menjadi musuh nombor satu skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu sepanjang berada di negara Asia Barat itu.

“Suhu cuaca yang panas ini sebenarnya akan menyebabkan pemain berpeluh melampau yang secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya dehidrasi.

“Bayangkan sepanjang 90 minit tersebut pemain negara beraksi dalam situasi suhu yang luar biasa berbanding dengan suhu yang mereka lalui sebelum ini, tidakkah itu akan menjejaskan fokus mereka di padang?

“Situasi sebegini sebenarnya memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah Emiriah Arab Bersatu yang sudah biasa beraksi dalam keadaan cuaca sedemikian yang tidak akan mengganggu fokus mereka,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan UAE di Stadium Zabeel pada 3 Jun diikuti pertemuan menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) di Stadium Al Maktoum dengan ketiga-tiga perlawanan bermula jam 12.45 tengah malam waktu Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Sadek berkata, anak-anak buah Cheng Hoe perlu berdepan satu lagi ujian besar dari segi masa memandangkan perbezaan tempoh empat jam antara Malaysia dan UAE.

“Harus diingat bahawa 12.45 tengah malam waktu Malaysia tetapi di UEA pukul 8.45 malam. Jadi waktu itu (12.45 tengah malam) kebiasaannya masa untuk berehat dan tidur dan ini sudah pasti akan mengganggu sistem tubuh badan para pemain.

Artikel Berkaitan:

“Jangan pula kita terperanjat nanti ketika menyaksikan pemain Harimau Malaya warm up terdapat segelintir mereka yang akan menguap atau nampak keletihan kerana waktu tersebut adalah waktu tidur mereka,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohd Sadek memberitahu, soal pemakanan juga antara faktor yang menjadi penentu kepada prestasi setiap pemain Harimau Malaya apabila bertandang ke UAE nanti.

“Jika kita imbas semula dalam beberapa kejohanan atau temasya sukan, kes keracunan makanan pasti akan berlaku. Saya bukan menyatakan akan berlaku kes keracunan makanan tapi sebaiknya skuad kebangsaan lebih berhati-hati dalam bab pengambilan makanan ini.

“Apabila ada pemain negara mengalami kes keracunan makanan, ia secara tidak langsung akan menjejaskan taktikal jurulatih terutamanya jika pemain terlibat merupakan tonggak utama,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!