Jadi rujukan agroprenuer muda

Ronald (dua dari kanan) menunjukkan buku Inspirasi Agropreneur Muda selepas melancarkannya dalam Program My Best Buy Aidilfitri di kementerian itu pada Isnin.
Ronald (dua dari kanan) menunjukkan buku Inspirasi Agropreneur Muda selepas melancarkannya dalam Program My Best Buy Aidilfitri di kementerian itu pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melancarkan buku Inspirasi Agropreneur Muda dan buku Lembaran 2020 sebagai panduan dan rujukan kepada usahawan agropreneur muda di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, buku Inspirasi Agropreneur Muda kali pertama diterbitkan bagi penerima bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) bermula pada tahun 2016 hingga tahun 2020.

“Seramai 198 usahawan telah dipilih oleh jabatan dan agensi di bawah MAFI.

“Buku ini akan menjadi panduan dan rujukan kepada semua pihak terutama agropreneur muda di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media program My Best Buy (MBB) di Wisma Tani di sini pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Ronald berkata, buku tersebut bertujuan untuk merakamkan usaha yang dilaksanakan oleh Unit Agropreneur Muda, MAFI dengan kerjasama semua jabatan dan agensi di bawahnya sepanjang tahun 2020.

“Kejayaan pelaksanaan program-program lepas direkodkan dalam buku ini adalah sebagai tanda usaha berterusan MAFI menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian dan agromakanan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ronald turut melancarkan program MBB yang bertemakan konsep pasar pilihan rakyat.

Katanya, program tersebut menawarkan pelbagai produk pertanian dan bukan pertanian bagi keperluan setempat dengan harga yang istimewa dan berpatutan.

“Terdapat lima matlamat utama program MBB antaranya menjadi pusat pemasaran hasil pertanian keluaran setempat secara terus kepada pengguna, menawarkan harga berpatutan di mana barangan yang dijual pada harga yang lebih murah dari harga pasaran atau pada harga promosi untuk pengguna dengan anggaran penjimatan di antara lima peratus hingga 20 peratus bagi produk agromakanan yang terpilih,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!