Cincin tersekat di jari manis

Anggota bomba sedang memotong cincin di jari mangsa.
Anggota bomba sedang memotong cincin di jari mangsa.
A
A
A

GEORGETOWN- Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan kira-kira setengah jam apabila cincin yang dipakainya tersekat di jari manis tangan kanannya dalam kejadian pagi Isnin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang, Pegawai Bomba Kanan II A Thanabalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Klinik Kesihatan Teluk Bahang pada jam 11.21 malam berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, sepasukan bomba bergegas ke lokasi dan terus menjalankan kerja menyelamat dengan memotong cincin di jari mangsa berusia 28 tahun itu.

"Jari mangsa sudah mula membengkak dipercayai tiada pengaliran darah.

"Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong cincin dan mangsa tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!