Siasatan Prasarana: SPRM tunggu keputusan Peguam Negara

Azam (kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusop selepas melancarkan Majlis Pelancaran Program Strategik antara JKKN dan SPRM di Auditorium JKKN, Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
Azam (kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusop selepas melancarkan Majlis Pelancaran Program Strategik antara JKKN dan SPRM di Auditorium JKKN, Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu keputusan daripada Peguam Negara berhubung dakwaan kes salah guna kuasa yang berlaku di Prasarana Berhad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kertas siasatan bagi kes tersebut telah diselesaikan pada dua minggu lalu.

“Kes itu sudah selesai libatkan individu tertentu. Kita dah kemuka ke Peguam Negara dan kita tunggu keputusan kalau ada pihak yang boleh dituduh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan SPRM tahun 2021, di sini pada Selasa.

Pada Januari, SPRM memulakan siasatan terhadap Prasarana yang merupakan syarikat pengoperasi pengangkutan awam milik penuh Kementerian Kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM mula siasatan terhadap Prasarana

Siasatan tersebut dilakukan selepas pengerusinya didakwa cuba menggunakan autoriti untuk melakukan perubahan signifikan dalam syarikat itu.

Dalam pada itu, Azam berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!