Pemuda UMNO Sepang wakaf 300 naskah al-Quran

Muhammad Hydier menunjukkan al-Quran yang bakal diagihkan ke setiap surau yang terpilih di kawasan Sepang pada Selasa.
Muhammad Hydier menunjukkan al-Quran yang bakal diagihkan ke setiap surau yang terpilih di kawasan Sepang pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sepang mewakafkan sebanyak 300 naskhah al-Quran di surau dan masjid terpilih di kawasan Sepang.

Menurut ketuanya, Muhammad Hydier Hamid, mereka hadir ke setiap surau yang terpilih untuk menyerahkan sendiri kitab suci Al-Quran kepada jawatankuasa surau.

"Jika ada permintaan, kami akan salur sumbangan yang sama bagi memastikan umat Islam dapat beribadah dengan sempurna.

“Kami mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk menjalankan program keagamaan kerana sudah lama program sebegini tidak diadakan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Hydier berkata, pihaknya bekerjasama dengan MCA Sepang dan Gerakan Belia 4B untuk mengadakan program ini bagi menyemarakkan 10 hari terakhir Ramadan.

“Selain sumbangan Al-Quran, ahli UMNO Bahagian Sepang turut menyiapkan 2000 pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Sepang.

“Program ini merupakan program tahunan. Saya berharap pandemik Covid-19 segera berakhir supaya program ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, pandemik ini mengajar kita erti bersyukur dengan nikmat kebebasan untuk mengadakan program keagamaan seperti menyantuni masjid dan surau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!