Selangor jamin kenaikan tarif air tidak mendadak
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata, sebaliknya sekiranya terdapat sebarang kenaikan ia akan dibuat secara berperingkat dan tidak membebankan.
“Kita masih mengekalkan tarif sejak 2006 iaitu RM1.39 untuk satu meter padu. Ini saya ingatkan jika tidak berlaku pertukaran kerajaan pada 2008, kenaikan tarif air sekarang yang dinikmati rakyat adalah pada kadar 3.15 sen.
“Kerajaan negeri akan memastikan jika ada kenaikan, tidak akan mencecah angka sebesar ini, kita akan pastikan pengurusan air Selangor dapat terus membekalkan air bersih seterusnya menampung keperluan rakyat,” katanya dalam Sidang Dun di sini, hari ini.
Menurutnya, tarif yang boleh mencecah RM3.15 itu berdasarkan perjanjian konsesi air ketika pemerintahan dulu dan kenaikan tarif air bergantung kepada arahan dari Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Menterinya, Dr Xavier Jayakumar, dalam reaksi balasnya memaklumkan perkara itu akan dibincangkan sebelum sebarang keputusan kenaikan dibuat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!