Program CSR untuk Anak Yatim

A
A
A

Anak-anak yatim dan asnaf dari rumah Permata Kasih Mengkuang dan Alma membeli-belah baju raya di pusat beli-belah Mydin Kompleks Bukit Jambul hari ini.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) mengadakan Program Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan membawa 21 anak-anak tersebut berumur di antara tujuh tahun hingga 12 tahun dari dua buah rumah berkenaan dalam sesi membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Setiap kanak-kanak tersebut diperuntukan RM200 bagi membeli kelengkapan dan pakaian raya.

Ketua Pegawai Eksekutif JKSB Faisal Shahbudin turut serta menyantuni anak-anak tersebut.

Beliau berkata program CSR ini sebagai salah satu cara untuk memberi mereka perhatian dan kasih sayang, terutama sekali ketika hari raya yang bakal menjelang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan