Hargai pengorbanan frontliners

Hashim (kiri), Tian Hong (tiga dari kiri), Muhamad Fadeli (tiga dari kanan) bersama wakil EB Frozen Food dan anggota bomba di Balai Seksyen 15 Shah Alam pada Isnin.
Hashim (kiri), Tian Hong (tiga dari kiri), Muhamad Fadeli (tiga dari kanan) bersama wakil EB Frozen Food dan anggota bomba di Balai Seksyen 15 Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - EB Frozen Food Sdn Bhd terus menghargai jasa dan peranan anggota barisan hadapan melalui sumbangan kepada pihak tersebut menerusi program Singgah Sinar Iftar 1-Meter di Balai Bomba Seksyen 15 di sini pada Isnin.

Eksekutif Pemasaran EB Frozen Food, Long Tian Hong berkata, kerjasama pihaknya bersama Sinar Harian untuk kali ketiga membuktikan usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan hangat-hangat tahi ayam.

Tian Hong berharap program itu dapat diteruskan supaya orang ramai menghargai jasa anggota barisan hadapan termasuk bomba yang banyak berkorban ketika menjalankan tugas mereka.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian kerana menjayakan program ini.

"Jika diberi peluang, pihak kami akan menyertai program sebegini pada masa akan datang dan bekerjasama dengan Sinar Harian untuk menjayakan program sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Menerusi program tersebut, sebanyak 50 pek makanan berbuka puasa dan beg barangan produk sejuk beku EB Frozen bernilai sekitar RM70 disumbangkan kepada anggota bomba.

Gambar dari kiri: Tian Hong, Muhamad Fadeli
Gambar dari kiri: Tian Hong, Muhamad Fadeli

Turut hadir, Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Balai Bomba Seksyen 15, Shah Alam, Muhamad Fadeli Abu Sirin berkata, penganjuran program itu amat bermakna kerana dapat mengeratkan silaturahim dan sokongan moral kepada mereka sepanjang Ramadan.

“Operasi kebakaran ketika Ramadan dan bulan lain tiada bezanya kerana anggota kami perlu sentiasa bersedia setiap masa untuk bergegas ke lokasi kebakaran.

“Cuma kami perlu menahan lapar dan dahaga ketika menjalankan tugas kami yang berat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!