Pengurusan enap cemar ke Sungai Prai membimbangkan

LEKAS bimbang sekiranya mendakan logam berat yang diragui dialirkan masuk ke Sungai Prai daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, di Seberang Perai, Pulau Pinang.
LEKAS bimbang sekiranya mendakan logam berat yang diragui dialirkan masuk ke Sungai Prai daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, di Seberang Perai, Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGETOWN- Pengurusan enap cemar (sludge) yang mengalir masuk ke Sungai Prai daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth dilihat amat membimbangkan.

Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS), Zikrullah Ismail berkata, enap cemar yang mengandungi mendakan logam berat yang mengalir masuk ke sungai itu turut diragui.

Menurutnya, pihaknya mendapati ada laporan bahawa LRA Sungai Dua beroperasi tanpa kolam takungan enap cemar (sludge lagoon).

"Hasil penelitian, kita mendapati kolam takungan tersebut seperti tidak wujud. Oleh itu, LEKAS menggesa Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memberi penjelasan segera tentang perkara ini kerana sisa enap cemar bagi LRA kebiasaannya mengandungi logam berat aluminium adalah dikategorikan sebagai sisa berjadual dalam kategori Jadual Pertama Buangan Terjadual (Scheduled Wastes) SW204 mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005 di bawah Akta 127," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pembuangan sisa enap cemar logam berat terus ke dalam sungai (jika berlaku) akan membahayakan kesihatan penduduk sekitar Sungai Prai.

"Selain itu, ia akan menjejaskan alam sekitar serta ekosistemnya serta jelas melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (akta 127). Sehubungan itu, LEKAS berharap siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar dapat dilaksanakan.

"Kita juga menggesa Exco Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan sewajarnya demi kesihatan rakyat dan kesejahteraan alam seiring dengan komitmen 'Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang'," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!