Warga Filipina guna kad pengenalan palsu ditahan

Antara individu yang ditahan JPN dalam Operasi Terancang dan Kutip di sekitar Kuala Lumpur pada Selasa.
Antara individu yang ditahan JPN dalam Operasi Terancang dan Kutip di sekitar Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sembilan lelaki warga Filipina yang bekerja sebagai pengawal keselamatan disyaki menggunakan kad pengenalan palsu ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam Operasi Terancang dan Kutip di sekitar ibu kota pada Selasa.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Nooruladzim Ateman berkata, sembilan lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pada jam 4 petang.

"Seramai 29 anggota telah melakukan pemeriksaan serentak di Pantai Dalam, Unit KL Pantai 2 dan Tasik Titiwangsa, malah serbuan berasingan turut dilakukan di Taman Lee Yan Lian dan Taman Pandan Perdana," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Nooruladzim berkata, seramai 24 individu diperiksa dan sembilan lelaki ditahan kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu.

"Operasi berkenaan diadakan bagi mencegah dan membanteras pemalsuan serta penyalahgunaan dokumen pengenalan diri," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang penyelewengan dokumen pengenalan diri boleh menghubungi 03-88807077 atau emel pro@jpn.gov.my atau layari web SisPAA di http://jpn.spab.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!