AS akan hantar 10 peratus vaksin Covid-19 ke luar negara
WASHINGTON - Dalam tempoh dua bulan akan datang Amerika Syarikat (AS) akan berkongsi 10 peratus bekalan vaksin Covid-19 dengan seluruh dunia, umum Presiden Joe Biden pada Selasa, menurut Sputnik.
"Kami komited... untuk mengirim 60 juta dos vaksin AstraZeneca ke negara lain mulai bulan ini dan berakhir pada Jun. Bermakna sekitar 10 peratus vaksin yang akan kita hasilkan untuk AS pada masa itu akan diedarkan kepada seluruh dunia, ” kata Biden.
Beliau menyifatkannya sebagai "komitmen kemanusiaan yang penting" sebagai tambahan kepada bantuan AS terhadap COVAX, mekanisme antarabangsa untuk pembelian vaksin oleh negara-negara yang kurang mampu.
Rumah Putih mengakui buat masa ini tidak memiliki vaksin Astra Zeneca, tetapi berharap dapat menerima 60 juta dos tidak lama lagi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!