Polis tahan semula banduan larikan diri di Mahkamah Kudat
KOTA KINABALU - Seorang banduan yang melarikan diri ketika dihadapkan ke Mahkamah Kudat petang Selasa, berjaya ditahan semula malam hari yang sama.
Bernama difahamkan banduan berusia 35 tahun itu ditahan semula oleh sepasukan polis di Kampung Pengaraban, Kudat kira-kira jam 7 malam.
Dalam kejadian 3 petang itu, banduan lelaki berkenaan yang dibawa ke mahkamah untuk sebutan semula kes mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan, bertindak melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi pemberita berkata, tidak sampai empat jam, banduan terbabit berjaya dikesan dan ditahan semula.
"Banduan itu sedang menjalani hukuman satu tahun penjara di Penjara Kepayan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!