Tutup masjid, surau tujuh hari jika langgar SOP

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberi amaran kepada semua masjid dan surau di negeri ini yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bakal berdepan dengan tindakan ditutup selama tujuh hari.

Aminuddin berkata, ia susulan pihaknya menerima aduan terdapat masjid di sekitar Seremban yang tidak mematuhi SOP.

"Kita menerima aduan terdapat masjid yang tidak SOP, misalnya membenarkan mereka yang tidak membawa sejadah masuk ke masjid, memasak dan lain-lain. Itu semua melanggar SOP.

"Kita tidak mahu disebabkan hanya seorang yang langgar SOP, seluruh masjid kena tutup.

"Pihak berkuasa telah memberi amaran dan memanggil pengurusan masjid mengingatkan agar tidak mengulangi kesalahan sama, atau berdepan tindakan tutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta merta," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Tambahnya, hampir 400 masjid dan lebih 800 surau di negeri ini diingatkan supaya terus kekal mematuhi SOP yang ditetapkan tanpa gagal, bagi memastikan tiada sebarang jangkitan berlaku dalam masjid.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, bukan di masjid sahaja tetapi semua rumah ibadah lain juga akan diberi perhatian dan amaran yang sama.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat memberitahu, kerajaan negeri masih lagi di peringkat perbincangan mengenai SOP Aidilfitri.

Katanya, keputusan muktamad belum diputuskan lagi bagi membolehkan pihak berkuasa dan yang berkaitan membincangkan dengan lebih teliti, sebelum sebarang keputusan diambil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!