Zionis ratakan tanah Palestin di Qalqiliya
RAMALLAH - TEBING BARAT. Jentolak Israel meratakan ratusan ekar tanah Palestin di Sanniriya dan Masha di perkampungan Qalqiliya, semalam.
Pegawai tempatan, Muhammad Abu al-Sheikh berkata tindakan itu diambil selepas Kementerian Dalam Negeri Israel memutuskan untuk menggabungkan empat penempatan haram peneroka Yahudi di perkampungan terbabit.
Rejim Zionis sebelum ini berulang kali menghalang petani Palestin daripada memasuki ladang pertanian di Sanniriya dan Misha.
Menurut Al-Sheikh, kerja-kerja meratakan tanah itu dibuat tanpa sebarang notis. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!