'Biarlah pucuk pimpinan tentukan'

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, UMNO disaran menyerahkan jawatan-jawatan penting BN seperti Setiausaha Agung kepada parti komponen MCA dan MIC bagi menunjukkan persepakatan kukuh.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, UMNO disaran menyerahkan jawatan-jawatan penting BN seperti Setiausaha Agung kepada parti komponen MCA dan MIC bagi menunjukkan persepakatan kukuh.
A
A
A

TANJONG KARANG - Jawatan penting Barisan Nasional (BN) seperti Setiausaha Agung perlu diserahkan kepada kebijaksanaan pucuk tertinggi komponen parti itu untuk diselesaikan tanpa perlu diuar-uarkan kepada rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau percaya pucuk pimpinan BN dapat menyelesaikan isu dibangkitkan rakan komponen parti berkenaan.

"Kalau dulu kita ada 14 parti (komponen BN), kita boleh runding dengan baik, takkan empat parti (komponen BN) terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kita tidak dapat selesaikan masalah ini secara muafakat.

"Saya yakin mereka (pucuk pimpinan tertinggi BN) boleh selesaikan masalah ini secara dalaman dan tidak perlu beritahu rakyat masalah dalam rumah tangga kita," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ibu Tunggal Parlimen Tanjong Karang di Gelanggang Futsal Kampung Seri Tiram Jaya di sini pada Rabu.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkata, dalam soal politik, tidak semua boleh dihebahkan kepada umum terutama membabitkan isu dalaman parti.

Noh (kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ibu Tunggal Parlimen Tanjong Karang di Gelanggang Futsal Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang pada Rabu.
Noh (kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ibu Tunggal Parlimen Tanjong Karang di Gelanggang Futsal Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang pada Rabu.

"Dalam politik sama seperti kehidupan dalam rumah tangga dan berkawan. Tidak semua boleh kita ceritakan semua rahsia.

"Ada rahsia untuk kita seorang sahaja tahu atau mungkin berdua atau bertiga dan ada rahsia semua orang kena tahu.

Artikel Berkaitan:

"Begitu juga dengan soal pelantikan (jawatan penting BN) ini, bagi saya tak perlu uar-uarkan masalah ini, sebaliknya biarlah diselesaikan pucuk pimpinan tertinggi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Serahkan jawatan Setiausaha Agung BN kepada MIC, MCA

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, UMNO disaran menyerahkan jawatan-jawatan penting BN seperti Setiausaha Agung kepada parti komponen MCA dan MIC bagi menunjukkan persepakatan kukuh.

Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh berkata, langkah itu adalah perkara paling wajar dilakukan UMNO sekarang sebagai parti peneraju gabungan berusia lebih 48 tahun itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!