Virus demam babi Afrika dalam ladu

Ladu sejuk beku keluaran Sanquan Foods tercemar dengan virus demam babi Afrika.
Ladu sejuk beku keluaran Sanquan Foods tercemar dengan virus demam babi Afrika.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Pengeluar makanan utama di China semalam mendakwa virus demam babi Afrika dikesan dalam ladu bekunya.

Sanquan Foods berpangkalan di wilayah Henan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan laporan berita baru-baru ini bahawa daging babi tercemar dikesan di dua wilayah yang tidak berkongsi sempadan.

Laporan media tempatan yang tidak disahkan berkata produk buatan beberapa syarikat lain juga menganduni virus itu.

China, pengeluar terbesar daging babi sedang bergelut mengawal virus itu sejak kes pertama dikesan pada Ogos laly.

Pihak berkuasa berkata, beratus ribu babi dibunuh untuk mengekang penyebaran virus berkenaan.

Demam babi Afrika tidak membahayakan manusia tetapi ia membawa maut kepada babi.

Ia mencetuskan kebimbangan terhadap industri ternakan babi di China. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!