Ketua Armada Kelantan meninggal dunia

Allahyarham Muhammad Amiin Ridhuwan meninggal dunia pada pagi Khamis.
Allahyarham Muhammad Amiin Ridhuwan meninggal dunia pada pagi Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - Ketua Angkatan Bersatu anak Muda (Armada) Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz meninggal dunia pada pagi Khamis.

Muhammad Amiin Ridhuwan, 36, yang juga merupakan Ketua Armada Pasir Mas menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6 pagi.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Armada Kelantan, Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin sebentar tadi.

Che Isham berkata, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Buat masa ini jenazah arwah masih berada di Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurutnya, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh, di sini selepas solat Zohor.

Katanya, Muhammad Amiin Ridhuwan merupakan seorang ketua yang cukup komited sepanjang diberikan mandat memimpin Armada Kelantan.

Che Isham Sharudin menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh saf kepimpinan Armada Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan Allahyarham meninggalkan dua orang isteri dan lapan orang anak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!