Fahmi Reza sekali lagi dipanggil polis rakam keterangan

Fahmi tampil ke IPD Kajang pada Khamis untuk dirakam keterangan. - Foto FB Fahmi Reza
Fahmi tampil ke IPD Kajang pada Khamis untuk dirakam keterangan. - Foto FB Fahmi Reza
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis, Fahmi Reza sekali lagi dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Khamis.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Fahmi yang merupakan pereka grafik memaklumkan polis telah membuka dua kertas siasatan terhadapnya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Siasatan tersebut berkaitan karikatur wajah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan grafik logo menyerupai logo sebuah universiti tempatan," katanya.

Fahmi berkata, sebanyak lima kertas siasatan dibuka dalam tempoh lima bulan ini kerana posting dan grafik satira yang dihasilkannya.

"Saya bersedia untuk berdepan dengan apa-apa siasatan atau dakwaan dan sedia pertahankan kebebasan untuk bersuara dengan seni sebagai senjata," katanya.

Pada 23 April lalu, Fahmi ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!