Bazar Ramadan, Aidilfitri di JB, Kota Tinggi dan Kulai diteruskan

Ayub Jamil
Ayub Jamil
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan ngeri Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tiga daerah itu bermula Jumaat hingga 20 Mei ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, keputusan itu dibuat kerajaan negeri selepas perbincangan lanjut dilakukan.

“Bagi bazar Ramadan, kita benarkan beroperasi jam 3 petang hingga 8 malam, manakala operasi bazar Aidilfitri dibenarkan dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan pelaksanaan SOP yang ketat.

“Peniaga yang terlibat perlu mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana yang dikemaskini pada 5 Mei 2021 oleh pihak MKN.

“Bagaimanapun, sebarang perubahan, pindaan atau keputusan terkini kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke masa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP di daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi susulan peningkatan kes di kawasan berkenaan dengan jumlah kes aktif adalah tinggi dengan kebanyakan kes adalah sporadik dalam komuniti.

Ketiga-tiga daerah itu juga berstatus zon merah dengan jumlah kes tinggi melebihi 150 kes, manakala kapasiti hospital dan unit rawatan rapi (ICU) melebihi 70 peratus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!