PGA patahkan cubaan seludup petrol bersubsidi

PGA Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan menyeludup 600 liter minyak petrol bersudsidi ke negara jiran selepas menahan sebuah kereta jenis Perodua Kenari berhampiran Simpang Empat Salam, Rantau Panjang.
PGA Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan menyeludup 600 liter minyak petrol bersudsidi ke negara jiran selepas menahan sebuah kereta jenis Perodua Kenari berhampiran Simpang Empat Salam, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan menyeludup 600 liter minyak petrol bersubsidi ke negara jiran selepas menahan sebuah kereta jenis Perodua Kenari berhampiran Simpang Empat Salam, di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 11 malam itu, pihaknya berjaya menangkap seorang lelaki berusia 28 tahun bagi membantu siasatan berhubung tangkapan itu.

"Bertindak atas maklumat penyeludupan minyak, sepasukan anggota PGA yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, anggota PGA kemudian menahan kenderaan tersebut bagi melakukan pemeriksaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan 24 tong plastik mengandungi kira-kira 600 liter bahan api dipercayai petrol.

Azhari berkata, kesemua bahan api itu termasuk suspek dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan lanjut.

"Jumlah rampasan itu termasuk kereta dan bahan api dianggarkan bernilai RM11,230. Hasil siasatan awal mendapati minyak petrol tersebut disyaki untuk di seludup ke negara jiran melalui lorong - lorong tikus terdapat di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini," katanya.

Azhari berkata, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!