Kilang lebur logam haram diserbu

Relau yang dijalankan secara konvensional digunakan untuk melebur logam secara haram.
Relau yang dijalankan secara konvensional digunakan untuk melebur logam secara haram.
A
A
A

BATU GAJAH - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menyerbu sebuah kilang yang dikesan menjalankan aktiviti peleburan logam secara haram di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Baru Sungai Durian, Tanjung Tualang di sini pada Khamis.

Premis yang terletak di kawasan terpencil iaitu lebih tiga kilometer dari jalan utama itu bagaimanapun telah kosong dengan meninggalkan peralatan serta sisa-sisa bahan ketika serbuan.

Kilang yang dibina di atas tanah pertanian seluas satu hektar itu beroperasi menggunakan tenaga solar dan generator tanpa fasiliti lengkap.

Operasi bersepadu yang dijalankan bersama polis, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kinta, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Perak itu gagal membuat sebarang tangkapan.

Pengarah JAS Perak, Rosli Zul berkata, risikan menerusi dron sejak tiga minggu lalu menunjukkan berlakunya pergerakan dan aktiviti haram tersebut hingga menyebabkan pencemaran udara.

Menurutnya, kilang yang beroperasi sejak tiga tahun lalu disyaki turut menggajikan pekerja asing apabila terdapat rumah-rumah kongsi di kawasan itu.

Sampel timbunan sisa bahan akan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenalpasti bahan yang terkandung sebelum diambil tindakan.
Sampel timbunan sisa bahan akan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenalpasti bahan yang terkandung sebelum diambil tindakan.

"Pemeriksaan mendapati kilang itu menggunakan kaedah konvensional iaitu terdapat dua relau untuk proses peleburan sisa bahan dalam penghasilan logam.

Artikel Berkaitan:

"Tiada sistem kawalan yang dipasang mungkin berlakunya pelepasan terus bendasing ke udara. Kaedah ini sudah tidak sesuai digunakan untuk memproses dan peleburan logam kerana kita sudah ada teknologi terkini," katanya.

Rosli berkata, sampel daripada timbunan sisa peleburan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenalpasti bahan buangan itu sebelum tindakan lanjut diambil.

"Sekiranya sisa itu dikategorikan buangan terjadual, kita akan mengarahkan pemilik tanah untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Manakala, JKKP pula akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 34(2)(a) Akta Kilang dan Jentera 1967," katanya.

Katanya, pihak PTD pula akan mengenalpasti pemilik tanah untuk jalankan siasatan lanjut sekali gus mengenalpasti individu yang terlibat.

"Siasatan dijalankan samada pemilik tanah mengetahui aktiviti ini atau menyewakan kepada entiti lain dan entiti menyewa itu pula kepada orang lain. Jadi perkara itu akan siasat.

"Berdasarkan rekod, aktiviti dan pembinaan premis ini tidak pernah dirujuk kepada mana-mana jabatan sebelum ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!